MOTIF-MOTIF UKIRAN KAYU
Keindahan dunia Melayu bukan hanya dalam seni pengucapan yang meliputi
syair gurindam, jampi serapah, pantun teromba dan ratusan yang lainnya.
Keindahan alam itu diabstrak pula pada seni ukiran. Terdapat dua jenis
ukiran iaitu ukiran/sobek kasar dan halus. Sobek kasar melibat ukiran
pada benda-benda besar seperti dinding rumah, pintu, rabung, sisp angin,
perahu dan lain-lain lagi, manakala sobekan halus melibatkan peralatan
kecil seperti kukur kelapa,rehal, hulu dan sampir keris, bingkai fram
dan lain-lain. Apa yang ada pada sebuah rumah, akan ada pada perahu dan
juga akan ada pada sebilah keris. Ukiran ini pula bukan hanya diukir
atau pahatan kayu, tetapi juga melibatkan logam seperti perak, emas dan
tembaga dan juga pada benda-benda lain. Motifnya diambil dari dan
manusia serta haiwan ini dilakar dan digarap dengan gagasan, wawasan,
aspirasi, falsafah, emosi dan intelektual banngsa Melayu. Penuh-penuh
dengan lambang-lambang antara garis halus manusia dengan
Penciptanya-antara manusia dengan Tuhan. Motif-motif itu adalah
manifestasi dari:
a. manusia
b. tumbuhan dan haiwan
c. alam yang lebih luas
fizikal manusia diolah diukir sebagai lambang, misal hulu jawa demam pada sebilah keris, ayam teleng, kerdas atau patah tiga, unduk-unduk dan banyak lagi menjadi objek seni ukiran halus yang dapat dikesan dari seni ukiran keris. Manakala ukiran kusriwa pada sampir yang berbentuk perahu juga mengambil motif deburan ombak dan sulur tunas.
ukiran ini juga ada pada sebuah perahu dan rumah atau bangunan Melayu. Motif-motif ini dapat dipecahkan kepada geometri, flora fauna, abstrak dan seumpamanya. Berapa contoh motif ukiran dapat dilihat seperti di bawah:
motif daun sayap

motif bunga raya

motif cinta mani

motif ketam guri

motif tari buaya